Monday, May 25, 2009

+anis dan KFC+

suasana di restoran KFC..

"mr B..anis dah fikir panjang... dah lama anis nak bagitahu pada awak..tapi anis xtahu nak mula dari mana.." aku memulakan bicaranya.

"Anis humayra nak cakap apa sebenarnya? Cakap je..sy sedia menjadi pendengar.." respon pertama yang ckup baik buat perbicaraan selanjutnya..itulah anggapanku.

"Anis dah buat keputusan. i wanna let u go. and...once if u come back 2 me..u r mine.." ringkas.namun cukup dengan maksud yang dalam.

"apa maksud anis?" Mr B nampaknya kurang jelas dengan ungkap madahku tadi.

"Mr B...anis bukan bermaksud mahu melukai hati awak..tapi..anis fikirkan masa depan awak. umur awak baru 20 tahun. dalam umur ni. bukan masa yg sesuai untuk awak beri komitmen pada cinta. jauh lagi perjalanan. Awak akan jmpa mcm2 orang. Anis mahu awak membuka mata dan minda awak. anis xmahu, 7, 8 tahun akan datang awak kecewa kerana salah memilih teman hidup dan terlalu awal membuat keputusan. Anis xmahu jadi macam tu..." aku merasa kan luahan itu cukup jelas.

"oh..selama ni anis masih xpercaya kan saya rupanya.. persahabatan selama 2 tahun kemudian berubah mengikat janji setia rupanya masih tidak mampu mengikat tali kepercayaan di hati anis buat saya. atau...anis dah punya pilihan yang lebih baik?" aku sudah menduga jawapan dan respon Mr B.

"Anis pecaya awak. anis pecaya. kerana anis tahu..cinta membutakan kita. cinta kita juga membutakan awak...mungkin sekarang awak rasa anis adalah wanita terbaik buat awak. apakah begitu juga 10 tahun akan datang?? anis xmahu cinta awak buta. anis mahu awak melihat..membuka mata..setelah itu barulah awak memilih. sekurang2 nya anis tidak menyekat masa depan dan hidup awak..awak..tlong la faham maksud anis........" alamak..makin aku bercakap panjang..makin aku luahkan. mata ku semakin bertakung air hangat. aku bukan xsukakan Mr B lagi. aku sekadar mahu Mr B mencari hidupnya.. membina dirinya. bukan membuang cinta. tapi menilai cinta kami... aku xmahu Mr B bercakap dengan perasaan tetapi aku mahu Mr B bercakap dan berbicara dengan hati...dengan akal...dengan iman....

aku tahu..Mr B lelaki yang baik. menghormati status wanita. tidak suka-suka menyentuh atau memegang sesuka hati. aku juga sedar..Mr B tidak sekalipun mengajak aku keluar malam khuatir nafsu membatasi iman. aku sedar Mr B cukup menjaga hubungan ini. Namun, kami bukan manusia sempurna. terkadang sentuhan berlaku. Ya..aku menidakkan maksiat ini. Namun, nafsu meraikan nya. aku takutkan laknat Allah. kerna itu aku mendamba cinta selepas kahwin. diri ini ku siapkan buat suami yang akan ku cintai siapapun dia..

"Anis...saya yakin..saya yakin dengan hati saya.. saya kenal diri saya. saya tahu betapa dalamnya perasaan saya untuk awak...Anis...saya selalu berdoa dan sentiasa berdoa agar dilorongkan jalan yang mudah untuk menuju hari pernikahan kita...sama2 lah kita doa Anis. Jangan menduga saya macam ni.... Bila awak melepaskan saya seolah awak mahu cinta kita hancur..seolah awak mahu hati saya musnah.. seolah awak mahu impian kita runtuh.." jelas Mr B selebarnya.

Ya aku tahu Mr B berkata benar...namun, aku tetap tidak mahu terlalu mengharap kepada cinta ini. Aku nekad...aku akan terus berdoa agar Allah menemukan aku kepada jodoh yang terbaik. dan aku tetap pecaya..perancangan Allah adalah perancangan paling sempurna.
anis humayra tegar melayari hidup ini...semoga rahmat Allah sentiasa memayungi hidup Anis Humayra..

sisa-sisa nasi ayam KFC ku habiskan sebelum melangkah pergi dari restoran itu.........

Barrinha MaynaBaby

3 comments:

  1. waah,anis..mr B awk sgt suke awk nampaknye..
    Jage diri ok...

    ReplyDelete
  2. anis...kalau lelaki tu matang, dia takkan memaksa k!...

    mencari redha Allah tu lebih penting. Jgn satu hari nanti Anis sesal kerana tidak dapat mengundurkan masa apabila kelalaian menutup jiwa.
    ok!..

    Lagipun Mr B tu budak lagi..baru 20tahun. Banyak lagi yang dia kene buat sebelum bersedia menjadi suami. Kalau benar dia yangtelah ditetapkan dan dijodohkan untuk Anis, one day he'll come back with family to get you...Okay!..

    Taking care..

    ReplyDelete