Thursday, July 9, 2009

contest MM : doa seorang kekasih

CONTEST

mamamanja - kisah dan lagu



Tajuk Lagu : Doa Seorang Kekasih


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

*****

kisah disebalik lagu :

saat ini..
anis humayra sedang mendengar lagu ini...
menghayati..dengan jiwa yg paling dalam
alunannya seolah detik kata hati anis humayra saat ini..
lagu ini menusuk kalbu..
mungkin kerana terlalu menyelami..

anis humayra percaya setiap insan yang hidup di dunia ini mendamba..
CINTA SEJATI.. CINTA ABADI...
pada anis humayra..
cinta itu memang mudah di lafazkan oleh smua orang..
yang fahami hanya hati..
cuma hati...
cinta xperlu dilafazkan pun sudah mampu dirasai.. aku sendiri rasa..

hati kita Allah yang pegang..
kadang2 kita kate yang kite xmungkin jatuh hati pd orang lain..
kerana cinta itu kita rasa sudah kite miliki..
kita tutp hati kita untuk cinta lain...
sikit pun tiada terbuka..
tapi..saat hati kita Allah gerakkan sedikit..cuma sedikit..
dalam xsedar, hati kita sudah terpaut.
terpaut pada seseorang yg kite langsung xfikir kan terjatuh hati..
namun itulah hati..
anis humayra anggap ianya dugaan.
dugaan yang melanda hati ini.
dugaan yang mengajak anis humayra memilih antara kita memilih jalan..memilih haluan..
memaut simpang "kiri" atau simpang "kanan"..

anis humayra pasrah..
ikutkan hati mati..
ikut rasa binasa!

tapi pada anis humayra..
melihat yang tercinta bahagia cukup membahagiakan anis humayra..
kerana cinta Allah cinta teragung..
bukan kah begitu?
tak semua yg hendak digapai kan tercapai..
Jodoh pertemuan
hidup dan mati
Allah yg pegang...


sekian....
ini pendapat anis humayra
ini rasa hati anis humayra
ini PILIHAN anis humayra
namun
pilihan Allah adalah pilihan terbaik...


terima kasih sang pelangi kerana singgah sebentar mewarnai hari2ku..



Wednesday, June 24, 2009

dia insan terpilih

kamu terpilih !
kamu memang insan terpilih....

alhamdulillah...

tahniah encik B...
tawaran : ijazah remote sensing UTM skudai...

dan aku....

cemburu menguasai diri..

di BSN...
smua sibuk dengan urusan utk universiti..

tapi aku?
sibuk dengan urusan pengeluaran duit simpanan...
untuk bayaran deposit sewa rumah...

aku masih merangkak..
merangkak sedaya mungkin..
mengejar cita...

encik B...
anis humayra ucapkan seribu tahniah...
kerana kamu...
menghampiri kejayaan itu...
doaku...mengiringimu...

kerana aku syg kamu..

Thursday, June 11, 2009

anis risaukan kamu

5 misscall from encik B

ha? benarkah? bukankah skang ni magrib.. agak sidia xsolat ke?
kenapa dia call? ish..xsedap la hati ni..

tanpa disedari..jari jemari ini mendail number.. 013 #######..

"hello..awak..kenapa call? sori anis didapur tadi..ni baru sudah solat?" ye benar..jam sudah menjejaki 8.00 malam. dan aku kelewatan hari ini kerana terlalu lama di dapur..

"saya baru balik hospital ni.. tadi jatuh masa main bola. pastu kena hempap member.." nada sidia agak bersahaja..

"ha? habis tu? mcm mana? injured? " aku sudah mula sebak xtau kenapa..
aku mengintai memori jam 7 tadi.. saat itu aku sedang memotong sayur kobis.. tidak semena2 aku menghiris kukuku.. ngilu xterkata.. syukur xterbelah dan terluka..sekdar menghiris kukus di bahagian atasnya..apakah artinya?

"sy cume terseliuh anis.. anis humayra xmau risau sangat ye... insya allah sebulan akan sembuh kata doctor..." tenang saja nada Encik B...

"ya Allah..awak..anis minta maaf..anis sungguh xsedar awak call. xdengar bunyi ape kat dapur.. HP anis dalam bilik.. anis betul2 xperasan...maaf awak.." aku dah mula diserang gelabah..aku terasa seolah aku semakin membiarkan ia jauh dariku...

"xapa anis humayra sayang.. saya faham...dan xmarah anis ye sayang.. anis..kejap lagi sy call ye.. saya nak kebilik air kejap.."

"baiklah awak..kjp lagi call ye kalau sempat..tp..anis xkisah kalau awak nk tido dan rehat..jangan lupa ambil ubat....

anis risaukan kamu..anis dah pesan dulu.. jangan terlalu ghairah dengan sukan itu hingga menjejaki senja.. kan senja banyak syaitan2 berlegar2.. anis harap kamu mengerti..



pelangi singgah dihati

melupakan si dia semata2 kerana sesuatu yg xpasti sememangnya tidak wajar dilakukan. namun, mata ini kian terbuka. ku kenang kembali janji manis yg kami patri dulu. aku tidak mahu mengorban kasih yg terbina semata2 mengejar awan. kerana awan xkan bisa kugapai. melangkah aku. melangkah kehadapan tanpa aku menoleh kearah masa silam itu..

namun..

masa silam itu xbisa kubuang begitu sahaja..
aku tidak dapat menipu bahawa pelangi itu pernah singgah di hati ini tanpa aku sedari. namun..pelangi sememangnya muncul untuk seketika. bukan untuk selamanya...

Tuesday, June 9, 2009

+ realiti bukan fantasi +

sambungan...

aku bermimpi..
lelaki itu berbaju jubah putih..
memandang aku tiap saat..
memerhati aku tiap detik.. namun cuma dari kejauhan.. tanpa langsung memanggil mahupun menyeru namaku..

*****************************************************

Luqman hakim : saya tak sangup lah nanti lama2 jatuh cinta susah
Merpati Putih : sape jatuh cinta ?
Luqman hakim : saya le
Merpati Putih : huhu
Merpati Putih : awak..dulu awak nampak betul xkan jatuh cinta kat saya
Merpati Putih : xkan la tiba2
Luqman hakim : oklah
Merpati Putih : awak? ok ape?
Merpati Putih : awak ok?
Luqman hakim : ok je
Luqman hakim : saya cerita siapa saya..realitinya..
Merpati Putih : hurm...
Luqman hakim : ok..
Merpati Putih : siapa pun awak..apa pun awak..
Merpati Putih : saya xkisah la
Merpati Putih : awak ni serius sgt harini
Merpati Putih : takut saya
Merpati Putih : gambar ape awak nak share? tak pernah awak kongsi pun..
Merpati Putih : citer je la
Merpati Putih : saya xkisah
Luqman hakim : nak share gambar saya la..accept ye..
Merpati Putih : laa..
Luqman hakim : sy serius ni..
Merpati Putih : kalau awak nak kate awak xhensem saya xkisah la
Luqman hakim : tak le
Luqman hakim : accept dulu
Merpati Putih : kenapa?
Merpati Putih : kalau saya xnak?
Luqman hakim : tak nak tak pe
Merpati Putih : harini awk pelik
Luqman hakim : saya yg dlm gambar tu le
Luqman hakim : awakkkkkkkk jgn main2
Luqman hakim : ape nya
Merpati Putih : awak ckp dulu ape awak nak cite
Luqman hakim : kita tetap kawan
Merpati Putih : awak nak ckp awak dah kawin ek?
Merpati Putih : hahaha
Luqman hakim : saya tak kawin lagi
Luqman hakim : lagi satu
Merpati Putih : means?

*****sambung lagi yerk****

Tuesday, June 2, 2009

award dari capiqa

nangis pula puteri capiqa nnti anis xamik..ekekeke...

cerita anis..jap lagi anis sambung ek..



thanks capiqa..
anis cayang capiqa..sebab award ini telah menyebabkan anis semakin bersemangat..
tapi sori lambat..
anis sibuk sikit..

mimpi itu aku?

**sambungan**

'dah pukul 10..kenapa x online ni....' inilah hakikat detik hatiku.. memaku diri di hadapan laptop jenama acer yang bertampal pelekat pooh yg ku gemari.. saat ini..aku menanti Luqman Hakim memunculkan diri dalam ruangan 'online buddy'. ikon smiley itu masih kelabu.. aku masih menanti kecerahan warna ikon itu.

ini lah hakikat hati. sudah ku tutup pintu hati buat mana2 insan bernama lelaki.. kerana aku fikir, hatiku cume buat Mr B sejak dulu. Namun, hati kita dalam pegangan Allah.. Dia yang menyusun atur walaupun rancangan kita sudah kita anggap rapi dan indah.

ikon itu mencerah.

luqman hakim : assalamualaikum..tunggu saya?
merpati putih : waalaikumussalam. eh xla.. xtunggu pun..sy kan memang on9 malam.
luqman hakim : em..ye ke.. tp sy tahu awak tunggu. maaf lambat. sy demam skang ni.
merpati putih : oh yeke ..mcm tu awak rehat la. sy pun nak offline dah ni.
luqman hakim : sy mimpi awak. awak dtg kampung sy di batu pahat. ok la anis. sy keluar dulu. nak rehat.
merpati putih : awak..

........................luqman hakim is offline

huhu.. xsempat nak tanye ape..nak wish ape..xpela..semoga die cepat sihat.
sebenarnya, semakin hari aku semakin mencari. mencari identiti luqman hakim yg terlalu rahsia. bila ku tanya namanya, cukup die menyatakan panggil la saya Luqman Hakim. bila ku tanya umur, berapa sahaja yang anis mahukan. bila ku tanya status, belum kawin lagi. tapi, kampung nya..tempat kerja nya..smua itu aku tahu.

akhir2 ini aku semakin mencari. mencari dan mencari. pelbagai laman web aku mencari. di search engine. walaupun identitinya aku xpasti.

aku terjumpa sesuatu.

TAGGED

name : Luqman Hakim
age : 32 years
status : married

adakah ini luqman hakim yg kukenal sejak setahun dulu? lelaki ini kah sahabat yang menjadi lampu saat aku gelap. yang menjadi tongkat saat aku tersungkur?

****bersambung***