Monday, May 25, 2009

+kedegilan anis humayra+

aku punya seorang sahabat yang sangat baik dan cantik seindah secantik nama nya, Maisarah.. sejak sahabatku berpindah ke Perak, aku semakin jarang2 berjumpa beliau. namun, minat dan citarasa yang sama membuatkan perhubungan kami masih akrab walaupun berjauhan dan tidak bertemu muka.

hari ni Maisarah pulang ke kampung. aku sudah merancang, aku mahu meminjam external hardisk Maisarah. aku benar2 tidak sabar untuk meminjamnya kerana didalamnya terdapat banyak cerita-cerita korea dan jepun yang ku idam-idamkan.

petang sabtu..jam 7 petang...

beepp...beeepp....

1 message recieve from my sweet maisarah

'anis, mai kat muar. baru sampai. anis nak amik ke hardisk ni?'

ha? alamak..ni xtahan ni..macam mana nak amik..? dah la jauh tu.. aku nak minta tlg sape ek.?

'nak.........waa.best...dpt jmpe mai jugak. mai balik ipoh bila?'

aku mula berbalas sms...

beeppp...beeepp....

'esok pagi mai balik.mai kejap je...sori anis, xdpt jmpe..'

alahai..sedih aku...tapi hardisk tu nak amik juga...em..dari rumah nak ke umah mai 2 jam.. ape kate minta Mr B tolong..rumah die dekat sikit dengan Mai.. harap-harap Mr B sudi la tolong.

"awak...anis nak minta tlong..ambilkan barang pada Mai kat rumah lama dia sekejap boleh?" nampaknya Anis Humayra sudah tidak sabar2.

"bila tu anis?"respon Mr B.

"malam ni bole x? kalau malam ni lagi bagus. sebab anis balik esok." pinta ku separuh merayu.

"ha? jalan tu bahaya la anis. esok je la.. malam ni.. jauh lak tu umah Mai tu..dekat sejam"
hm..xpela Mr B..

"em..xpe la awak...thanks.." keciwa hatiku.. Mr B ni..minta tlg macam tu pun xsudi.. aku bukan selalu minta tolong..huhuhu..xpela..xde rezki nak pinjam harddisk Maisarah nampaknya. hakikatnya aku separuh terasa dengan sikap Mr B. Cuma, aku berlagak tenang. menyembunyikan perasaan itu dengan sebaik-baiknya.

'mai, anis xjadi pinjam la..Mr B xmau tlg..bahaya la..malam la..jauh la..mcm2 alasan die.mmg xsudi nak tlg..benci anis kat die..' luahku dalam ruangan SMS buat Maisarah.

'anisss...xbaik kata mcm tu.dari umah die ke umah mai memang jalannya scary bila malam..xpela..mai kirim pada Zack je ye.sebab esok pukul 8 mai jumpe die sekejap.' Maisarah memutuskan begitu. Zack ialah teman kami sejak sekolah dan merangkap kekasih pujaan hati Maisarah.

'yela mai.anis pun keciwa dah ni.....ape2 pun anis xkisah...' patah hatiku.

esok pagi nya...

beep..beepp...

'anis, saya nak gi amik barang kat umah mai ni.. jadi x nak amik?'
sms dari Mr B kupandang sepi sebentar.

5 minit kemudian

'xyah la wak.anis dah suh orang lain.' ringkas jawapanku.

'sampai hati anis...xpela..' balasnya. xkusangka jawapanku mengundang kecewa di hatinya. aku fikir Mr B memang xsudi nak membantu ku.

'anis xminta tlg sape2..cume,malam tadi anis tanya. awak kata xnak tlg...' aku membetulkan anggapan Mr B.

'bukan anis...memang jauh. dan masalahnya kawasan tu bahaya anis. saya bukan xnak tlg. anis..kdg2 saya terpaksa pentingkan diri.xpela..saya ambil ye..nanti saya bagitau Maisarah sy datang ambil..' jelas Mr B.

sejam selepas itu aku menerima panggilan dari Mr B. Mr B sudah mengambil external hardisk itu dan petang ini juga beliau akan menghantarnya ke rumahku. kesungguhannya mengundang kegusaran di hatiku.

aku mula berfikir secara halus...
aku kah yang silap.. mendahului kehendak hati membatasi keselamatan orang tersayang... Maisarah juga berkali2 mengingatkan aku yang aku sepatutnya beralah. keselamatan Mr B lebih berharga dari External Hardisk berharga Rm 180 itu?

maafkan anis humayra Mr B......................................


Barrinha MaynaBaby


1 comment:

  1. anis cayunk,lenkali jgn pk cam tu lagi erk..agk nye memg betul jlan kat situ bahaya..tpi mr.B tolong gak kan..n__~

    ReplyDelete