Thursday, May 28, 2009

+hinakah anis humayrah kerana 60 sen?+

anis pulang dari tempat praktikal.

kebiasaannya aku menumpang kawan aku yg bernama ain..selalu je aku susahkan sahabat aku yg satu ni..tapi harini ain tidak bekerja..ada masalah yg harus diselesaikan dan aku meminta adikku mengambil ku. Lama..hingga jarum jam menjejaki jam 6.. dan..tepat jam 6 si kapcai cabuk biru menampilkan dirinya.

di rumah..

"diorang ni rumah nak cantik, suruh keje..tapi duit x reti nak bayar.." abah memulakan bicara petang.

nada kurang senang. aku tahu, seperti semalam abah memasang mozek tetapi si tuan rumah tidak membayar ongkosnya. menabur janji-janji kosong. sudah lebih Rm 1000 tidak dibayarnya.

"abah mintak ke tadi?" aku masih cuba berlagak tenang.

"mau nye xmintak. abah nye tayar motor dah bocor dah tu. pakai belasah je pakai. abah dah xde duit dah." subhanallah...hmmm...

"abah nak pakai duit sikit kakak ade la..kalau nak banyak xde la.. akaun biasiswa akak tinggal RM 80 je.." aku cube membantu apa adanya.

Ya..dengan duit biasiswa JPA tu aku hidup sepanjang musim praktikal ni tanpa sebarang elaun dari syarikat. Ya.. anis humayra lahir dalam keluarga yang bukan kaya raya. tapi anis humayra xpernah malu dan rasa terhina. semua dugaan ini mematangkan anis, menguatkan anis. anis kesian kat abah. kaki abah patah akibat eksiden 2 tahun lepas, dan sejak itu punca pencarian semakin tersekat. abah kini menggunakan motorsikal beroda 3. emak berhempas pulas bekerja dari jam 8 pagi hingga 9 malam. bekerja menggosok kayu perabot.

aku bergegas keluar ditemani uda. menuju ke Maybank berdekatan petronas. namun, kad CIMB ku nampaknya xdapat menerima. apesal ntah. selepas itu, aku ke CIMB. jauh, namun terpaksa ku korbankan.

alhamdulillah..dah dapat kuarkan RM 70. RM 50 untuk abah dan RM 20 untuk barang dapur yang dah kontang. Mak lum gaji, anis humayra mesti bantu.

anis humayra melangkah keluar dari bank.

"kak, saya dari Rumah Anak Yatim nak minta sumbangan untuk makan, pakaian dan tempat tinggal. RM 10 je kak." sapa budak perempuan berbaju kurung. cantik gadis cumel ni.

"maaf dik.. RM 10 akak xmampu buat masa ni. ni je yg ada.seikhlas hati dik" sambil menyerahkan 3 keping syiling 20sen yang bersampul berbentuk love. tabiat anis humayra. bila sedekah di tabung surau, anis suka balut duit syiling 10sen 20 sen tu dengan potongan hati. LOVE UNTUK ALLAH. anis tengok budak tu malu. die menjeling anis.

anis terpaksa dik. anis terpaksa. maaf..itu yang anis mampu buat saat dan detik ini. cuma 60 sen! adik manis..salahkah kak anis? hinakah 60 sen itu untk adik menadah tangan menerima. anis ni hina ye?

"jom balik de.." aku mengajak uda pulang.

air hangat mengalir tetiba je dari mata anis. sedihnya anis...anis xtahu kenapa. tapi anis sedih amat. mungkin sedih kerana anis x dapat hulurkan wang berjumlah RM 10 tu. anis mampu 60 sen je kan tapi itu seikhlas hati anis. namun, yg buat anis terkilan..pandangan si gadis genit itu. jelingan itu.

motor cabuk biru memulakan perjalanan menuju ke kedai berdekatan membeli sedikit bekalan pengisi dapur rumah.

kemudian......terus ke rumah...

Perasaan Anis saat ini

harini anis xsihat sangat...
em..macam2 terjadi dengan anis..
dugaan Allah bagi bagi menguatkan hati anis.
tapi anis cerita nanti ye..
anis jawab tag capiqa cayunk dulu
diz my 1st time jawab menda alah tag ni..

1. Apa Perasaan Anda Sekarang?
  • sedang sedih (sebab anis xde duit masa budak anak yatim tu mintak RM 10. anis bagi 60 sen je)

2. Saya nak makan?
  • nak makan RFC (Radix Fried Chicken) bak kata ayu produk halal tanggungjawab bersama

3. Saya tak suka?
  • ditengking (anis akan nangis dan sedih sangat lama)

4. Impian saya?
  • buat masa ni nak habis belaja dan bagi mak abah serta famili senang (doakan anis ok..)

5. Haiwan yang saya tak suka?
  • anjing yg pernah kejar anis masa anis kecik2

6. Saya harapkan?
  • dapat suami soleh (sebab nak dunia dan akhirat bahagia)

7. Jika boleh putarkan masa?
  • sesuatu yg xmungkin...tapi jika bole..anis nak masa anis kecil2..sebab anis sangat comel dan xde dosa masa tu.. (tapi tak boleh kan?)

8. Saya pada 10 tahun akan datang?
  • err..harap2 sudah bertemu jodoh..dan punya paling x pun 2 orang cahaya mata. (haha..anis gatal dah)

9. Handphone saya adalah sebuah?
  • yela sebuah...xcukup duit nak beli dua buah..nape? nak tanye number pon anis ke? hehe

10. Saya pernah bercinta sebanyak?
  • kalau capiqa sluas lautan..anis seluas langit terbentang..ekekeke..

11. Saya suka pada?
  • kedamaian pantai...keindahan senja...keasyikan bulan...kebiruan langit..kehijauan flora...

12. Kawan-kawan saya?
  • ada banyak..tapi sahabat kah? (mencari sahabat sejati)

13. Pernah dikhianati?
  • pernah (anis mahu jadi tabah mcm capiqa)

14. Apa yang anda hendak lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?
  • semoga mereka sedar suatu hari nnti
15. Senaraikan 8 orang untuk di Tag:

err..anis lum kenal ramai blogger...huhu..sory yer..
pada sesiapa yg sudi..silalah...


thanksCAPIQA....

Monday, May 25, 2009

+kedegilan anis humayra+

aku punya seorang sahabat yang sangat baik dan cantik seindah secantik nama nya, Maisarah.. sejak sahabatku berpindah ke Perak, aku semakin jarang2 berjumpa beliau. namun, minat dan citarasa yang sama membuatkan perhubungan kami masih akrab walaupun berjauhan dan tidak bertemu muka.

hari ni Maisarah pulang ke kampung. aku sudah merancang, aku mahu meminjam external hardisk Maisarah. aku benar2 tidak sabar untuk meminjamnya kerana didalamnya terdapat banyak cerita-cerita korea dan jepun yang ku idam-idamkan.

petang sabtu..jam 7 petang...

beepp...beeepp....

1 message recieve from my sweet maisarah

'anis, mai kat muar. baru sampai. anis nak amik ke hardisk ni?'

ha? alamak..ni xtahan ni..macam mana nak amik..? dah la jauh tu.. aku nak minta tlg sape ek.?

'nak.........waa.best...dpt jmpe mai jugak. mai balik ipoh bila?'

aku mula berbalas sms...

beeppp...beeepp....

'esok pagi mai balik.mai kejap je...sori anis, xdpt jmpe..'

alahai..sedih aku...tapi hardisk tu nak amik juga...em..dari rumah nak ke umah mai 2 jam.. ape kate minta Mr B tolong..rumah die dekat sikit dengan Mai.. harap-harap Mr B sudi la tolong.

"awak...anis nak minta tlong..ambilkan barang pada Mai kat rumah lama dia sekejap boleh?" nampaknya Anis Humayra sudah tidak sabar2.

"bila tu anis?"respon Mr B.

"malam ni bole x? kalau malam ni lagi bagus. sebab anis balik esok." pinta ku separuh merayu.

"ha? jalan tu bahaya la anis. esok je la.. malam ni.. jauh lak tu umah Mai tu..dekat sejam"
hm..xpela Mr B..

"em..xpe la awak...thanks.." keciwa hatiku.. Mr B ni..minta tlg macam tu pun xsudi.. aku bukan selalu minta tolong..huhuhu..xpela..xde rezki nak pinjam harddisk Maisarah nampaknya. hakikatnya aku separuh terasa dengan sikap Mr B. Cuma, aku berlagak tenang. menyembunyikan perasaan itu dengan sebaik-baiknya.

'mai, anis xjadi pinjam la..Mr B xmau tlg..bahaya la..malam la..jauh la..mcm2 alasan die.mmg xsudi nak tlg..benci anis kat die..' luahku dalam ruangan SMS buat Maisarah.

'anisss...xbaik kata mcm tu.dari umah die ke umah mai memang jalannya scary bila malam..xpela..mai kirim pada Zack je ye.sebab esok pukul 8 mai jumpe die sekejap.' Maisarah memutuskan begitu. Zack ialah teman kami sejak sekolah dan merangkap kekasih pujaan hati Maisarah.

'yela mai.anis pun keciwa dah ni.....ape2 pun anis xkisah...' patah hatiku.

esok pagi nya...

beep..beepp...

'anis, saya nak gi amik barang kat umah mai ni.. jadi x nak amik?'
sms dari Mr B kupandang sepi sebentar.

5 minit kemudian

'xyah la wak.anis dah suh orang lain.' ringkas jawapanku.

'sampai hati anis...xpela..' balasnya. xkusangka jawapanku mengundang kecewa di hatinya. aku fikir Mr B memang xsudi nak membantu ku.

'anis xminta tlg sape2..cume,malam tadi anis tanya. awak kata xnak tlg...' aku membetulkan anggapan Mr B.

'bukan anis...memang jauh. dan masalahnya kawasan tu bahaya anis. saya bukan xnak tlg. anis..kdg2 saya terpaksa pentingkan diri.xpela..saya ambil ye..nanti saya bagitau Maisarah sy datang ambil..' jelas Mr B.

sejam selepas itu aku menerima panggilan dari Mr B. Mr B sudah mengambil external hardisk itu dan petang ini juga beliau akan menghantarnya ke rumahku. kesungguhannya mengundang kegusaran di hatiku.

aku mula berfikir secara halus...
aku kah yang silap.. mendahului kehendak hati membatasi keselamatan orang tersayang... Maisarah juga berkali2 mengingatkan aku yang aku sepatutnya beralah. keselamatan Mr B lebih berharga dari External Hardisk berharga Rm 180 itu?

maafkan anis humayra Mr B......................................


Barrinha MaynaBaby


+anis dan KFC+

suasana di restoran KFC..

"mr B..anis dah fikir panjang... dah lama anis nak bagitahu pada awak..tapi anis xtahu nak mula dari mana.." aku memulakan bicaranya.

"Anis humayra nak cakap apa sebenarnya? Cakap je..sy sedia menjadi pendengar.." respon pertama yang ckup baik buat perbicaraan selanjutnya..itulah anggapanku.

"Anis dah buat keputusan. i wanna let u go. and...once if u come back 2 me..u r mine.." ringkas.namun cukup dengan maksud yang dalam.

"apa maksud anis?" Mr B nampaknya kurang jelas dengan ungkap madahku tadi.

"Mr B...anis bukan bermaksud mahu melukai hati awak..tapi..anis fikirkan masa depan awak. umur awak baru 20 tahun. dalam umur ni. bukan masa yg sesuai untuk awak beri komitmen pada cinta. jauh lagi perjalanan. Awak akan jmpa mcm2 orang. Anis mahu awak membuka mata dan minda awak. anis xmahu, 7, 8 tahun akan datang awak kecewa kerana salah memilih teman hidup dan terlalu awal membuat keputusan. Anis xmahu jadi macam tu..." aku merasa kan luahan itu cukup jelas.

"oh..selama ni anis masih xpercaya kan saya rupanya.. persahabatan selama 2 tahun kemudian berubah mengikat janji setia rupanya masih tidak mampu mengikat tali kepercayaan di hati anis buat saya. atau...anis dah punya pilihan yang lebih baik?" aku sudah menduga jawapan dan respon Mr B.

"Anis pecaya awak. anis pecaya. kerana anis tahu..cinta membutakan kita. cinta kita juga membutakan awak...mungkin sekarang awak rasa anis adalah wanita terbaik buat awak. apakah begitu juga 10 tahun akan datang?? anis xmahu cinta awak buta. anis mahu awak melihat..membuka mata..setelah itu barulah awak memilih. sekurang2 nya anis tidak menyekat masa depan dan hidup awak..awak..tlong la faham maksud anis........" alamak..makin aku bercakap panjang..makin aku luahkan. mata ku semakin bertakung air hangat. aku bukan xsukakan Mr B lagi. aku sekadar mahu Mr B mencari hidupnya.. membina dirinya. bukan membuang cinta. tapi menilai cinta kami... aku xmahu Mr B bercakap dengan perasaan tetapi aku mahu Mr B bercakap dan berbicara dengan hati...dengan akal...dengan iman....

aku tahu..Mr B lelaki yang baik. menghormati status wanita. tidak suka-suka menyentuh atau memegang sesuka hati. aku juga sedar..Mr B tidak sekalipun mengajak aku keluar malam khuatir nafsu membatasi iman. aku sedar Mr B cukup menjaga hubungan ini. Namun, kami bukan manusia sempurna. terkadang sentuhan berlaku. Ya..aku menidakkan maksiat ini. Namun, nafsu meraikan nya. aku takutkan laknat Allah. kerna itu aku mendamba cinta selepas kahwin. diri ini ku siapkan buat suami yang akan ku cintai siapapun dia..

"Anis...saya yakin..saya yakin dengan hati saya.. saya kenal diri saya. saya tahu betapa dalamnya perasaan saya untuk awak...Anis...saya selalu berdoa dan sentiasa berdoa agar dilorongkan jalan yang mudah untuk menuju hari pernikahan kita...sama2 lah kita doa Anis. Jangan menduga saya macam ni.... Bila awak melepaskan saya seolah awak mahu cinta kita hancur..seolah awak mahu hati saya musnah.. seolah awak mahu impian kita runtuh.." jelas Mr B selebarnya.

Ya aku tahu Mr B berkata benar...namun, aku tetap tidak mahu terlalu mengharap kepada cinta ini. Aku nekad...aku akan terus berdoa agar Allah menemukan aku kepada jodoh yang terbaik. dan aku tetap pecaya..perancangan Allah adalah perancangan paling sempurna.
anis humayra tegar melayari hidup ini...semoga rahmat Allah sentiasa memayungi hidup Anis Humayra..

sisa-sisa nasi ayam KFC ku habiskan sebelum melangkah pergi dari restoran itu.........

Barrinha MaynaBaby

+sekeping kad ucapan buat anis humayra+

'hai...anis humayra...bersepah kamar kamu...'
detik hati ku. drawer tempat menyimpan aksesori tudung dan pin rambut bertaburan di meja.. majalah dara.com dan novel-novel ku juga tidak kemas ditempatnya. teddy bear pemberian sahabat tersayang juga sudah beralih tempat.
'nampaknya aku kena kemas ni..xsedap nak tengok..'
aku memulakan proses mengemas meja dan katilku. menyusun sekemas-kemasnya... mengumpulkan 'brooch' cute2 ku yg tinggal sedikit...bukan ape...cume aku kurang reti nak menjaga barang2 mini sebegitu rupa. sedang mengemas, aku terjumpa sekeping kad buatan sendiri bertulis.

selamat hari lahir anis humayra
maaf..
Mr B hanya mampu

menghadiahkan ucapan dan sekeping kad buatan tangan sahaja
untuk ulangtahun hari jadi anis kali ini..
-ikhlas dari : Mr B

mengingatkannya buat aku tersenyum seketika.. (^_^)
ye Mr B..anis faham..Mr B kan study lagi..nak makan pun susah..xpe..anis hargai kad tu.. sebab...kad dan ingatan tulus ikhlas Mr B lebih berharga dari segalanya.

Mr B..
jejaka sebaya yg sangat2 ku minati sejak aku mula mengenal erti suka...masa tu aku form 4. kerap kali namanya menghiasi ruang diari comelku. walaupun sekecil2 hal hinggalah sebesar2 hal. namun, aku sememangnya berjaya mengawal rasa hati ini saat di hadapannya. aku pasti berlagak garang dan keras kepala saat bertembung wajah. sekalipun segarit senyuman, aku memang tidak pernah menghadiahinya.

entah bagaimana semakin hari, kami menjadi sahabat baik. walaupun persahabatan kami sering disulami pergaduhan dan perselisihan aku tetap gembira. berada di sisi teman kesukaan saat suka dan duka.

dan hingga saat ini..umur ku menjejak 20 tahun, rupa-rupanya sudah 2 tahun aku dan Mr B mengikat janji setia.

Ya Anis Humayra mengakui yang Anis Humayra menyayangi Mr B.
Anis Humayra mahukan Mr B sebagai suami.

Namun..

meniti hari2 mendatang..buat Aku berfikir...
Jodoh itu rahsia tuhan. Aku hanya mampu berdoa. dan tidak terlalu taksub kepada cinta duniawi.

aku amat takutkan cinta ini. aku khuatir cinta ini membawa kemurkaan tuhan...
sesungguhnya Anis Humayra mendambakan Cinta Selepas Kahwin seperti Fahri dan Aisyah. Namun Anis Humayra sudah pun merasai cinta sebelum kahwin.

Namun..hingga saat ini..aku..anis humayra.. masih mengharap dan tetap berdoa Mr B menjadi Adamku suatu hari nanti...walaupun jauh di sudut hati ku..hatiku tidaklah begitu teguh..kerana semuanya terletak di tangan Allah..dan aku redha....

Masya Allah..jauhnya aku berangan...

kerja2 yang terhenti kusambung kembali......

Barrinha MaynaBaby



Sunday, May 24, 2009

Anis Dan Jejaka Putih

harini aku pulang dari praktikal dengan motor cabukku..motosikal kriss adikku angah...
sedang aku motosikal ku bergerak..aku juga sempat mengelamun..sebenarnya bukan mengelamun.lebih tepat ku katakan berfikir..berfikir dan masih berfikir..memikirkan kerja part time yang ku apply tapi masih xkunjung tiba..duit biasiswa JPA semakin berkurangan.mana tidaknya..perbelanjaan sepanjang praktikal ni aku menggunakan duit sendiri.memandangkan aku tidak memperolehi elaun ketika ini, duit biasiswa ku semakin laju mengalir keluar. mahu tidak mahu..aku harus berusaha keras mencari kerja2 part time untuk malamnya.

"trrittt..trittt..." kocek jeans ku mengeluarkan getaran. pastinya hensetku menerima panggilan. motor ku berhentikan di bahu jalan.

"Ye angah? ada ape?" rupanya adikku yang menuntut di ILP yang menelefon.

"kak..toolong masukkan duit sikit. penting kak..nak bayar macam2..kalau bleh harini gak.." begitulah antara bait2 bicara angah.

"em..duit mak da bagi..balik ni akak bank in ye" pendek sahaja aku berbicara. memang benar. sejak semalam duit RM 50 yang mak minta ku bank in pada angah ada dalam peganganku. sengaja aku tangguhkan kerana aku mahu angah gunakan duit yang ada padanya dengan cermat. bila ditabur banyak pasti la semakin naik kepala si angah ni.

enjin motor kembali ku hidupkan dan menyambung perjalanan kembali ke rumah.
setibanya di rumah. aku segera menunaikan solat asar. khuatir aku tidak sempat menunaikannya sekiranya aku keluar ke bank. masa kan selalu mencemburui kita.

setelah tanggungjawab yang satu ini kuselesaikan, aku bersiap. sekadar menyarungkan sweater kegemaranku dipadankan dengan jean hitam yg kebiasaannya ku pakai.
aku menuju ke bandar. memasuki Maybank dan terus ke Cash Deposit.

"aik? apesal mesin ni?"hatiku berbicara sendiri.. ku lihat mesin itu luar biasa dari kebiasaannya. aku mencuba2 menekan ape2 butang yang patut. namun, masih tidak berubah. entah mengapa aku jadi segan hendak bertanya. haha..

"awak..tekan butang tepi tu." seorang jejaka berbaju putih menyapa ku dengan arahan yg terus2 ku turuti. jauh disudut hatiku, aku berasa amat malu dengan sang jejaka berbaju putih ini. hahaha...

'alhamdulillah..selesai..' detik hatiku.

aku memusingkan posisi badanku ke belakang. sekalung ucapan terima kasih ku hadiahkan buat jejaka manis itu diiringi dengan senyuman.

'mak ai..hensem gak..nak ngurat bole? ekeke..berangan kamu ni anis..hahaha'
begitu lah antara suara hatiku saat ini..

dan aku keluar dari Maybank menuju ke arah si cabuk biru Krissku.......

anis humayra

Barrinha MaynaBaby