Thursday, May 28, 2009

+hinakah anis humayrah kerana 60 sen?+

anis pulang dari tempat praktikal.

kebiasaannya aku menumpang kawan aku yg bernama ain..selalu je aku susahkan sahabat aku yg satu ni..tapi harini ain tidak bekerja..ada masalah yg harus diselesaikan dan aku meminta adikku mengambil ku. Lama..hingga jarum jam menjejaki jam 6.. dan..tepat jam 6 si kapcai cabuk biru menampilkan dirinya.

di rumah..

"diorang ni rumah nak cantik, suruh keje..tapi duit x reti nak bayar.." abah memulakan bicara petang.

nada kurang senang. aku tahu, seperti semalam abah memasang mozek tetapi si tuan rumah tidak membayar ongkosnya. menabur janji-janji kosong. sudah lebih Rm 1000 tidak dibayarnya.

"abah mintak ke tadi?" aku masih cuba berlagak tenang.

"mau nye xmintak. abah nye tayar motor dah bocor dah tu. pakai belasah je pakai. abah dah xde duit dah." subhanallah...hmmm...

"abah nak pakai duit sikit kakak ade la..kalau nak banyak xde la.. akaun biasiswa akak tinggal RM 80 je.." aku cube membantu apa adanya.

Ya..dengan duit biasiswa JPA tu aku hidup sepanjang musim praktikal ni tanpa sebarang elaun dari syarikat. Ya.. anis humayra lahir dalam keluarga yang bukan kaya raya. tapi anis humayra xpernah malu dan rasa terhina. semua dugaan ini mematangkan anis, menguatkan anis. anis kesian kat abah. kaki abah patah akibat eksiden 2 tahun lepas, dan sejak itu punca pencarian semakin tersekat. abah kini menggunakan motorsikal beroda 3. emak berhempas pulas bekerja dari jam 8 pagi hingga 9 malam. bekerja menggosok kayu perabot.

aku bergegas keluar ditemani uda. menuju ke Maybank berdekatan petronas. namun, kad CIMB ku nampaknya xdapat menerima. apesal ntah. selepas itu, aku ke CIMB. jauh, namun terpaksa ku korbankan.

alhamdulillah..dah dapat kuarkan RM 70. RM 50 untuk abah dan RM 20 untuk barang dapur yang dah kontang. Mak lum gaji, anis humayra mesti bantu.

anis humayra melangkah keluar dari bank.

"kak, saya dari Rumah Anak Yatim nak minta sumbangan untuk makan, pakaian dan tempat tinggal. RM 10 je kak." sapa budak perempuan berbaju kurung. cantik gadis cumel ni.

"maaf dik.. RM 10 akak xmampu buat masa ni. ni je yg ada.seikhlas hati dik" sambil menyerahkan 3 keping syiling 20sen yang bersampul berbentuk love. tabiat anis humayra. bila sedekah di tabung surau, anis suka balut duit syiling 10sen 20 sen tu dengan potongan hati. LOVE UNTUK ALLAH. anis tengok budak tu malu. die menjeling anis.

anis terpaksa dik. anis terpaksa. maaf..itu yang anis mampu buat saat dan detik ini. cuma 60 sen! adik manis..salahkah kak anis? hinakah 60 sen itu untk adik menadah tangan menerima. anis ni hina ye?

"jom balik de.." aku mengajak uda pulang.

air hangat mengalir tetiba je dari mata anis. sedihnya anis...anis xtahu kenapa. tapi anis sedih amat. mungkin sedih kerana anis x dapat hulurkan wang berjumlah RM 10 tu. anis mampu 60 sen je kan tapi itu seikhlas hati anis. namun, yg buat anis terkilan..pandangan si gadis genit itu. jelingan itu.

motor cabuk biru memulakan perjalanan menuju ke kedai berdekatan membeli sedikit bekalan pengisi dapur rumah.

kemudian......terus ke rumah...

4 comments:

  1. dear, ikhlas itu sudah mampu menandingi nilai 60sen tu taw. tidak hina, sayang. percayalah! ^_^

    ReplyDelete
  2. anis tak hina lar sayang..
    kite pon tak tau,budak tu betul ke tak..kalo die tinggal kat rumah anak yatim,tak kan lar ,makan,bju,tempt tinggal takde..
    Berdoa je,moga budak tu selamat...

    ReplyDelete
  3. capiqa dan durian : kamu dah jadi penyokong anis.. huhu... budak tu sihat je..cantik je baju...
    die mintak wakil dari rumah tu..sebab ada bawa resit segala..

    ReplyDelete
  4. itulah salah skearang nie...derma tu ikut ikhlas..mana boleh tetapkan mesti rm10..dah la anis..sabarkan diri..itu yang kadang2 kalau org mintak sedekah, lagi2 yang kat luar bank, queen buat tak tau jer..

    bukan apa, dikasi sikit dijelingnyer kita..sedangkan itu seikhlas hati. Sudahnya baik buat tak tahu...

    Menderma dan bersedekah dgn ikhlas. Semoga anis beroleh keberkatan.

    ReplyDelete