Monday, May 25, 2009

+sekeping kad ucapan buat anis humayra+

'hai...anis humayra...bersepah kamar kamu...'
detik hati ku. drawer tempat menyimpan aksesori tudung dan pin rambut bertaburan di meja.. majalah dara.com dan novel-novel ku juga tidak kemas ditempatnya. teddy bear pemberian sahabat tersayang juga sudah beralih tempat.
'nampaknya aku kena kemas ni..xsedap nak tengok..'
aku memulakan proses mengemas meja dan katilku. menyusun sekemas-kemasnya... mengumpulkan 'brooch' cute2 ku yg tinggal sedikit...bukan ape...cume aku kurang reti nak menjaga barang2 mini sebegitu rupa. sedang mengemas, aku terjumpa sekeping kad buatan sendiri bertulis.

selamat hari lahir anis humayra
maaf..
Mr B hanya mampu

menghadiahkan ucapan dan sekeping kad buatan tangan sahaja
untuk ulangtahun hari jadi anis kali ini..
-ikhlas dari : Mr B

mengingatkannya buat aku tersenyum seketika.. (^_^)
ye Mr B..anis faham..Mr B kan study lagi..nak makan pun susah..xpe..anis hargai kad tu.. sebab...kad dan ingatan tulus ikhlas Mr B lebih berharga dari segalanya.

Mr B..
jejaka sebaya yg sangat2 ku minati sejak aku mula mengenal erti suka...masa tu aku form 4. kerap kali namanya menghiasi ruang diari comelku. walaupun sekecil2 hal hinggalah sebesar2 hal. namun, aku sememangnya berjaya mengawal rasa hati ini saat di hadapannya. aku pasti berlagak garang dan keras kepala saat bertembung wajah. sekalipun segarit senyuman, aku memang tidak pernah menghadiahinya.

entah bagaimana semakin hari, kami menjadi sahabat baik. walaupun persahabatan kami sering disulami pergaduhan dan perselisihan aku tetap gembira. berada di sisi teman kesukaan saat suka dan duka.

dan hingga saat ini..umur ku menjejak 20 tahun, rupa-rupanya sudah 2 tahun aku dan Mr B mengikat janji setia.

Ya Anis Humayra mengakui yang Anis Humayra menyayangi Mr B.
Anis Humayra mahukan Mr B sebagai suami.

Namun..

meniti hari2 mendatang..buat Aku berfikir...
Jodoh itu rahsia tuhan. Aku hanya mampu berdoa. dan tidak terlalu taksub kepada cinta duniawi.

aku amat takutkan cinta ini. aku khuatir cinta ini membawa kemurkaan tuhan...
sesungguhnya Anis Humayra mendambakan Cinta Selepas Kahwin seperti Fahri dan Aisyah. Namun Anis Humayra sudah pun merasai cinta sebelum kahwin.

Namun..hingga saat ini..aku..anis humayra.. masih mengharap dan tetap berdoa Mr B menjadi Adamku suatu hari nanti...walaupun jauh di sudut hati ku..hatiku tidaklah begitu teguh..kerana semuanya terletak di tangan Allah..dan aku redha....

Masya Allah..jauhnya aku berangan...

kerja2 yang terhenti kusambung kembali......

Barrinha MaynaBaby



2 comments: