Tuesday, June 2, 2009

mimpi itu aku?

**sambungan**

'dah pukul 10..kenapa x online ni....' inilah hakikat detik hatiku.. memaku diri di hadapan laptop jenama acer yang bertampal pelekat pooh yg ku gemari.. saat ini..aku menanti Luqman Hakim memunculkan diri dalam ruangan 'online buddy'. ikon smiley itu masih kelabu.. aku masih menanti kecerahan warna ikon itu.

ini lah hakikat hati. sudah ku tutup pintu hati buat mana2 insan bernama lelaki.. kerana aku fikir, hatiku cume buat Mr B sejak dulu. Namun, hati kita dalam pegangan Allah.. Dia yang menyusun atur walaupun rancangan kita sudah kita anggap rapi dan indah.

ikon itu mencerah.

luqman hakim : assalamualaikum..tunggu saya?
merpati putih : waalaikumussalam. eh xla.. xtunggu pun..sy kan memang on9 malam.
luqman hakim : em..ye ke.. tp sy tahu awak tunggu. maaf lambat. sy demam skang ni.
merpati putih : oh yeke ..mcm tu awak rehat la. sy pun nak offline dah ni.
luqman hakim : sy mimpi awak. awak dtg kampung sy di batu pahat. ok la anis. sy keluar dulu. nak rehat.
merpati putih : awak..

........................luqman hakim is offline

huhu.. xsempat nak tanye ape..nak wish ape..xpela..semoga die cepat sihat.
sebenarnya, semakin hari aku semakin mencari. mencari identiti luqman hakim yg terlalu rahsia. bila ku tanya namanya, cukup die menyatakan panggil la saya Luqman Hakim. bila ku tanya umur, berapa sahaja yang anis mahukan. bila ku tanya status, belum kawin lagi. tapi, kampung nya..tempat kerja nya..smua itu aku tahu.

akhir2 ini aku semakin mencari. mencari dan mencari. pelbagai laman web aku mencari. di search engine. walaupun identitinya aku xpasti.

aku terjumpa sesuatu.

TAGGED

name : Luqman Hakim
age : 32 years
status : married

adakah ini luqman hakim yg kukenal sejak setahun dulu? lelaki ini kah sahabat yang menjadi lampu saat aku gelap. yang menjadi tongkat saat aku tersungkur?

****bersambung***

1 comment:

  1. ala,kat internet org boleh letak name macam2 lar anis..nanti try2 lar tnye die pelan2..okeh

    ReplyDelete